PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN.
BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG TRADER YANG BERJAYA.
Seperti mana sedia maklum, untuk menjadi trader yang berkata, kita hendaklah mempunyai satu passion untuk melakukan perkara penting bagi menjadi trader yang berjaya iaitu:
1. Pendidikan dan Pengetahuan.
Kita hendaklah memahami asas-asas pasaran Kewangan dan Instrumen Perdagangan seperti Saham, Forex, Komoditi dan sebagainya. Kita juga perlu mengambil kursus atau membaca berkenaan dengan apa-apa perkara yang relevan berkenaan pasaran Kewangan untuk memperdalam pengetahuan.
2. Rancangan Perdagangan.
Kita hendaklah membuat perancangan perdagangan yang jelas termasuk strategi beli dan jual, pengurusan risiko dan matlamat keuntungan. Kita hendaklah memastikan diri kita ini sentiasa berdisplin dengan rancangan kita buat dan Jangan sesekali bertindak berasaskan emosi semata-mata.
3. Pengurusan Risiko.
Tentukan jumlah modal yang kita sanggup hilang atau meletakkan dałam keadaan risiko untuk setiap perdagangan. Perkara yang pending adalah meletakkan stop loss atau SL dalam setiap perdangangan kita.
4. Latihan.
Sebelum memasuki pasaran yang serener atau real, kita hendaklah membiasakan diri dengan pasaran dengan menggunakan akaun demo dahulu. Kita hendaklah membuat latihan dengan akaun demo terlebih dahulu di peringkat awal karana sekiranya kita gagal, maka ia tidak membawa apa-apa kerugian kepada kita.
5. Análisis Pasaran.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahirkan diri dengan analisis teknikal dan fundamental untuk membantu kita membuat keputusan. Kelebihan yang perlu ada pada kita adalat rasa untuk memantau berita dań peristiwa ekonomi yang penting.
6. Kosistensi dan kesabaran
Kejayaan dallas pasaran saham ini memerlukan masa, usaha dan kesabaran. Ketika mana saya menulis parkara ini, saya masih lagi memerlukan tindakan memperdalamkan ilmu sehingga saya betul-betul yakin boleh berjaya.
- Dengan mengabungkan pendidikan, disiplin dan pengurusan risiko yang baik, kita boleh meningkatkan diri kita untuk menjadi trader yang berjaya.

Comments
Post a Comment