PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN. BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG TRADER YANG BERJAYA. Seperti mana sedia maklum, untuk menjadi trader yang berkata, kita hendaklah mempunyai satu passion untuk melakukan perkara penting bagi menjadi trader yang berjaya iaitu: 1. Pendidikan dan Pengetahuan. Kita hendaklah memahami asas-asas pasaran Kewangan dan Instrumen Perdagangan seperti Saham, Forex, Komoditi dan sebagainya. Kita juga perlu mengambil kursus atau membaca berkenaan dengan apa-apa perkara yang relevan berkenaan pasaran Kewangan untuk memperdalam pengetahuan. 2. Rancangan Perdagangan. Kita hendaklah membuat perancangan perdagangan yang jelas termasuk strategi beli dan jual, pengurusan risiko dan matlamat keuntungan. Kita hendaklah memastikan diri kita ini sentiasa berdisplin dengan rancangan kita buat dan Jangan sesekali bertindak berasaskan emosi semata-mata. 3. Pengurusan Risiko. Tentukan jumlah modal yang kita sanggup hilang atau meletakkan dałam keadaan risiko untuk setiap perdagan...