PEMBENTANGAN BAJET MINI (BELANJAWAN NEGARA MINI) TAHUN 2023 Pada 20 November, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim membentangkan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan Mini bagi memastikan jentera pentadbiran negara yang ditunjangi oleh barisan penjawat awam dapat berjalan dengan lancar pada tahun 2023. Perkara ini julung kali berlaku kerana terdapat perubahan kepada tampuk pimpinan anggota pentadbiran (Kabinet) yang baharu selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya ke lima belas (PRU15) pada 19 November 2022. Melalui pembentangan ini, sejumlah RM 107 bilion telah diluluskan bagi emolument penjawat awam untuk tahun 2023. Selain emolumen, beberapa bantuan khas kewangan juga diberikan kepada penjawat awam iaitu Bantuan Khas Kewangan 2023, iaitu sebanyak RM 700.00. Selain itu, hasil daripada perbentangan itu juga, YAB Perdana Menteri juga mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas 202...