DRAMA BAND MELAMPAU? Anugerah Juara Lagu telah berlangsung pada 9 februari 2020 di mana pelbagai anak seni tempatan menunjukkan bakat mereka di AJL 2019 yang berlangsung di Axiata ARENA Bukit Jalil. terdapat pelbagai persembahan menarik, namun terdapat satu persembahan yang cuba mencampur aduk politik semasa Malaysia di dalam persembahan mereka. Drama Band, telah mengentengahkan sebuah watak yang dipercayai mengambarkan watak Mantan Perdana Menteri Malaysia keenam dan isteri di dalam persembahan mereka dengan memerli beg tangan yang banyak dan juga perkataan "can i advise you something". Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana watak ini sedang berada di dalam satu perbicaraan di Mahkamah dan ia tidak sepatutnya diperli di dalam persembahan mereka. Kalau kita lihat di ruangan komen facebook kumpulan ini sebelum aksi di AJL tak sampai pun 1000 komen, tetapi disebabkan oleh aksi mereka yang memerli sebuah watak yang pernah menjadi pemimpin No 1 Malaysia ...