PEMBENTANGAN BAJET MINI (BELANJAWAN NEGARA MINI) TAHUN 2023
Pada 20 November, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim membentangkan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan Mini bagi memastikan jentera pentadbiran negara yang ditunjangi oleh barisan penjawat awam dapat berjalan dengan lancar pada tahun 2023. Perkara ini julung kali berlaku kerana terdapat perubahan kepada tampuk pimpinan anggota pentadbiran (Kabinet) yang baharu selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya ke lima belas (PRU15) pada 19 November 2022.
Melalui pembentangan ini, sejumlah RM 107 bilion telah diluluskan bagi emolument penjawat awam untuk tahun 2023. Selain emolumen, beberapa bantuan khas kewangan juga diberikan kepada penjawat awam iaitu Bantuan Khas Kewangan 2023, iaitu sebanyak RM 700.00. Selain itu, hasil daripada perbentangan itu juga, YAB Perdana Menteri juga mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas 2023 sebanyak RM 100.00 kepada penjawat awam yang gred 56 dan kebawah. Berdasarkan perbualan admin besama pihak berkaitan, kemungkinan besar KGT Khas 2023 hanya diberikan pada tahun 2023 sahaja dengan maksud RM 100.00 ini akan hilang pada tahun 2024 dimana jumlah tersebut tidak kekal di dalam gaji bagi tahun 2024. Terdapat pihak mempersoalkan hal ini, walaubagaimanapun kerajaan juga perlu melihat kepada implikasi kewangan adakah dengan KGT Khas 2023 ini membawa kepada corong besar kepada kewangan negara. Jika tidak, kerajaan hendaklah mengekalkan jumlah tersebut bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan penjawat awam yang dilanda kemiskinan bandar (merujuk kepada bandar-bandar besar di Malaysia).
Selain itu, penjawat awam juga perlu akur sekiranya KGT Khas hanya diberikan pada tahun 2023 kerana memahami situasi kerajaan pada masa kini yang mempunyai kepada masalah bebanan hutang yang perlu ditangung oleh kerajaan disebabkan oleh kurangnya tadbir urus yang baik oleh kepimpinanan kerajaan sebelum ini. Kewangan adalah merupakan satu perkara yang penting dalam tadbir urus kerana disebabkan kegagalan tadbir urus yang baik akan memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan kerajaan. Ia ibarat satu ketirisan yang tidak boleh dimaafkan kerana ketirisan tersebut menyebabkan ramai rakyat yang lebih memerlukan terseksa oleh kenaikan kos sara hidup ini.
Oleh hal demikian, penjawat awam seharusnya bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kerana penggunaan wang pada masa ini adalah merupakan suatu perkara yang perlu berhati-hati dengan memastikan setiap sudut yang digunakan adalah relevan dan berpatutan.
Comments
Post a Comment